POLISI PEMBERIAN MAKLUMAT

TUJUAN

Pihak Syarikat mengamalkan tadbir urus korporat yang baik dalam pengurusan hal ehwal Syarikat dengan menggalakkan semua pekerja dan pihak yang berkepentingan dengan Malaysian Kuwaiti Investment Co. Sdn Bhd dan anak – anak Syarikatnya (MKIC) untuk membuat aduan bagi perkara-perkara berikut: 
 
(a) penipuan, 
(b) rasuah, 
(c) sogokan, 
(d) salah-laku, 
(e) salah guna kuasa, 
(f) konflik berkepentingan,
(g) salah guna asset Syarikat bukan untuk tujuan rasmi,
(h) tingkah laku yang tidak bersesuaian,
(i) tidak mematuhi prosedur Syarikat yang telah ditetapkan.
 
Senarai di atas adalah tidak terhad dan ia merangkumi segala tindakan atau kegagalan untuk bertindak yang boleh memberi kesan kepada kewangan dan integriti pengoperasian Syarikat.
 
APA YANG PERLU DILAPOR?
 
Pendedahan mengenai salah laku boleh dilakukan sekiranya pemberi maklumat
mempunyai bukti yang munasabah dan mempercayai bahawa:
 
Pendedahan mengenai salah laku boleh dilakukan sekiranya pemberi maklumat mempunyai bukti yang munasabah dan mempercayai bahawa:
 
(a) orang yang dituduh telah melakukan, atau bersedia untuk melakukan tindakan yang dilarang dalam Polisi dan Prosedur dalaman MKIC, kawalan dalaman kewangan dan pengoperasian, atau undang-undang dan peraturan yang berkaitan.
 
(b) terdapat salah laku dalam pengurusan kewangan dan operasi Syarikat;
 
(c) pelaku kesalahan telah melakukan kesalahan jenayah di bawah undang-undang, seperti penipuan, rasuah, sogokan, pemalsuan, penipuan, pecah amanah, bersubahat atau berniat untuk melakukan kesalahan jenayah tersebut; 
 
(d) pelaku kesalahan meminta / menerima / menawarkan rasuah, atau terlibat dalam permintaan rasuah, atau memberi bantuan sebagai pertukaran untuk faedah peribadi secara langsung atau tidak langsung. 
 
(e) pelaku kesalahan telah melakukan perbuatan mencuri;  
 
(f) orang yang dituduh mempunyai niat untuk menipu melalui tuntuan palsu atau telah melakukan penipuan melalui tuntutan palsu;
 
(g) orang yang dituduh menyalahgunakan kuasa dan kedudukan; dan
 
(h) apa-apa tindakan yang memudaratkan kewangan, operasi, asset, sumber dan matlamat Syarikat. 
 
PENYALURAN MAKLUMAT
 
Semua pengaduan pemberian maklumat boleh ditujukan kepada mana – mana saluran terpilih seperti berikut:
 
1. Melalui surat ke alamat berikut:
 
  HANYA DIBUKA OLEH JABATAN INTEGRITI DAN URUSTADBIR SAHAJA
  Jabatan Integriti dan Urustadbir,
  Malaysian Kuwaiti Investment Company Sdn Bhd,
  Level 19, Menara Liberty,
  No.: 1008, Jalan Sultan Ismail   
  50250 Kuala Lumpur
 
2. Melalui emel Jabatan Integriti dan Urustadbir whistleblowing@mkic.com.my; atau 
 
3. Melalui emel Pejabat Pengerusi Lembaga Pengarah whistleblowing1@mkic.com.my; atau
 
4. Melalui emel Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Audit whistleblowing2@mkic.com.my.
 
5. Melalui aduan terus menerusi laman sesawang http://www.mkic.com.my/whistleblowing-policy/#
 
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada POLISI DAN PROSEDUR PEMBERIAN MAKLUMAT
 

 

WHISTLEBLOWING CHANNEL



    (Total maximum file size: 20MB)